Pembinaan SM Mall of Asia

SM Mall of Asia, Oktober 2007.

Gedung ini ialah projek utama SM Prime di SM Central Business Park, di mana lima bangunan satu tingkat berfungsi sebagai pejabat syarikat (gedung keenam ditempati oleh TeleTech Holdings, Inc. sebagai lokasi utama mereka di negara ini).

Pada 27 Februari 2006, akhbar tempatan Manila Standard Today, melaporkan bahawa pasukan jurutera Bandar Pasay menemui retakan besar di bawah struktur bangunan ini, yang menyebabkan struktur tersebut bergetar.[7] Ketika ditanya mengenai pemeriksaan ini, Jabatan Kerja Raya Bandar Pasay membantah sebarang kenyataan mengenai adanya retakan di Mall of Asia. Jurutera Edwin Javaluyas, pegawai Jabatan Kerja Raya Bandar Pasay, dalam suratnya kepada SM Prime Holdings Inc., mengatakan bahawa beliau tidak pernah menyatakan bahawa jabatan itu memeriksa Mall of Asia pada 23 Februari 2006.[8]

SM Prime, namun, memutuskan untuk memindahkan pembukaan gedung ini kepada 21 Mei pada tahun itu. Jeffrey Lim, pegawai penerangan syarikat SM Prime Holdings, menekankan bahawa penjadualan semula pembukaan gedung itu dibuat untuk memberi peluang kepada ayarikat untuk meyakinkan lebih banyak penyewa untuk membuka kedai dan menyangkal bahawa perubahan itu kerana terdapat ketidakstabilan struktur.[9]

Gedung ini dirasmikam oleh Presiden Gloria Macapagal-Arroyo dengan tayangan khas filem Everest di Teater IMAX San Miguel Coca-Cola. Filem itu ditayangkan tiga hari setelah atlet Filipina Leo Oracion mencapai puncak gunung berbahaya tersebut.[10]

Rujukan

WikiPedia: SM Mall of Asia http://news.abs-cbn.com/nation/metro-manila/03/30/... http://cnnphilippines.com/news/2016/05/23/close-up... http://www.gmanetwork.com/news/story/138821/econom... http://list25.com/25-largest-shopping-malls-in-the... http://www.manilastandardtoday.com/?page=goodLife0... http://www.manilastandardtoday.com/?page=goodLife0... http://www.manilastandardtoday.com/?page=goodLife0... http://www.manilastandardtoday.com/?page=goodLife2... http://www.manilastandardtoday.com/?page=police03_... http://www.manilastandardtoday.com/?page=police03_...